MELAKA - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh rakannya Mac lalu yang mayatnya ditemui selepas dua bulan dalam keadaan reput, dibungkus dalam lipatan tilam di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga.
Tertuduh, Kamil Harris Mohd Abd Nasir, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat reput dalam tilam: Mangsa dipercayai rakan suspek
Mayat reput ditemui dibungkus dalam tilam, tangan diikat dipercayai dibunuh - Polis
Mayat reput dalam tilam: Identiti mangsa dikenal pasti, anak penyewa rumah kedai ditahan
**media[3547413]**
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh mangsa berusia 39 tahun antara jam 10 malam, 30 Mac hingga 3 pagi, 31 Mac lalu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga, dalam daerah Melaka Tengah.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.
**media[3547415]**
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat reput dalam tilam: Mangsa dipercayai rakan suspek
Mayat reput ditemui dibungkus dalam tilam, tangan diikat dipercayai dibunuh - Polis
Mayat reput dalam tilam: Identiti mangsa dikenal pasti, anak penyewa rumah kedai ditahan
**media[3547526]**
Sinar Harian sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh dalam keadaan dibungkus dengan lipatan tilam dan kedua-dua tangannya diikat di sebuah rumah kedai di kawasan Pokok Mangga pada petang 28 Mei lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7 petang selepas pemilik premis membuat pemeriksaan di unit berkenaan kerana gagal menghubungi penyewa sejak beberapa hari sebelumnya.
Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan suspek.
Siasatan juga mendapati kejadian pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran akibat salah faham dan tuduh-menuduh melibatkan keluarga suspek ketika kedua-duanya dipercayai sedang menghisap dadah.




