[VIDEO] Lelaki tular mengamuk di stesen minyak rupanya pesakit psikiatri

LocalHealth & Fitness
24 Jul 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lelaki tular mengamuk di stesen minyak rupanya pesakit psikiatri

TANGKAK –  Seorang lelaki mengamuk dan berkelakuan tidak terkawal di sebuah stesen minyak di Jalan Payamas di sini, merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) serta masih menjalani rawatan psikiatri.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib berkata, pihaknya mengesan video yang tersebar di media sosial memaparkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai cuba mencederakan dirinya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Payamas dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah seperti didakwa segelintir pihak.

“Ahli keluarga lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tangkak pada 23 Julai lalu bagi menafikan pelbagai andaian dan spekulasi yang tidak benar berkaitan insiden tersebut.

“Hasil semakan juga mendapati individu terbabit mempunyai kad OKU dan masih mempunyai rekod rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan lelaki itu berkait dengan masalah kesihatan yang dihadapinya dan bukan disebabkan faktor lain seperti yang tular di media sosial.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat.

Katanya, penyebaran maklumat tanpa pengesahan bukan sahaja boleh menimbulkan panik, malah boleh memberi tekanan kepada individu terbabit dan ahli keluarganya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Lelaki tular mengamuk di stesen minyak rupanya pesakit psikiatri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved