Individu tular mengamuk di stesen minyak sah terima rawatan mental

LocalHealth & Fitness
24 Jul 2026 • 5:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Individu tular mengamuk di stesen minyak sah terima rawatan mental

TANGKAK: Seorang lelaki yang tular menerusi rakaman video memaparkan dirinya berkelakuan tidak waras di sebuah stesen minyak di Jalan Payamas, di sini disahkan mempunyai masalah kesihatan mental dan masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, individu terlibat merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30-an.

“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Payamas, di sini. Ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Tangkak semalam bagi menafikan pelbagai andaian dan spekulasi yang tidak benar berkaitan kejadian tersebut

“Siasatan turut mendapati mangsa mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU) serta mempunyai rekod rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Roslan, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden berkenaan.-UTUSAN

The post Individu tular mengamuk di stesen minyak sah terima rawatan mental appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved