[VIDEO] Lenggok Tengku Ezrique Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Curi Perhatian Ramai – “Sakit Lutut Tengok”

28 Oct 2026 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu video memaparkan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli di Selangor mencuri perhatian selepas memperlihatkan Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj menerima pangkat gelaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.

Apa Maksud Istiadat Mengangkat Sumpah Dan Menjunjung Duli?

Tengku Ezrique mungkin lebih dikenali ramai sebagai suami kepada pelakon dan usahawan, Toh Puan Syamim Freida. Namun, kali ini beliau mencuri perhatian menerusi penglibatannya dalam istiadat diraja Selangor yang penuh dengan adat dan tertib warisan Melayu.

Advertisement

Sebab itu, setiap gerak tubuh dalam istiadat berkenaan mempunyai aturan tersendiri dan bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Penerima Gelaran Perlu Tinggalkan Selangor Selama Tujuh Hari

Menariknya, adat berkenaan turut mempunyai aturan selepas istiadat penganugerahan gelaran.

Mereka yang menerima gelaran perlu meninggalkan Negeri Selangor selama tujuh hari sebelum kembali semula untuk menghadiri Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli.

Dalam istiadat susulan tersebut, mereka akan menyembahkan persembahan sebagai simbol menjunjung kasih atas kurniaan Baginda Tuanku.

Amalan ini memperlihatkan keunikan adat diraja Selangor yang bukan sahaja menitikberatkan tertib ketika menghadap Sultan, malah turut mempunyai aturan tertentu selepas seseorang menerima gelaran.

x

Video yang memaparkan Tengku Ezrique Ezzuddean itu secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai terhadap adat dan tradisi diraja Selangor yang mungkin kurang diketahui sebahagian masyarakat.

Di sebalik upacara yang kelihatan penuh tertib, tersimpan adat, sejarah dan warisan yang terus menjadi sebahagian daripada identiti diraja Selangor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 Image from: [VIDEO] Lenggok Tengku Ezrique Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Curi Perhatian Ramai – “Sakit Lutut Tengok”2026-10-28 15:21:30

Mengadu Tak Sihat, Tun Dr Mahathir Bergegas Pulang Sebelum Majlis Tahlil Isteri Tercinta

The post [VIDEO] Lenggok Tengku Ezrique Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Curi Perhatian Ramai – “Sakit Lutut Tengok” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved