[VIDEO] Lori bawa bateri terbakar di Tol Bukit Jelutong

30 Apr 2024 • 3:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bomba berjaya memadamkan kebakaran sebuah lori di Plaza Tol Bukit Jelutong, Shah Alam pada Selasa. Foto JBPM Selangor

image is not available
Lori membawa muatan bateri itu terbakar 100 peratus. Foto JBPM Selangor

SHAH ALAM - Sebuah lori satu tan terbakar di Plaza Tol Bukit Jelutong, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 12.35 tengah hari.

Katanya, sebuah aset jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut terlibat dalam operasi pemadaman.

"Lori membawa muatan bateri itu terbakar 100 peratus.

"Namun tiada mangsa terlibat dan pemandu serta kelindan lori terbabit tiada di lokasi kejadian," katanya pada Selasa.

Tambahnya, api berjaya dipadamkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Sebuah lori membawa muatan bateri hangus terbakar dekat Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), tengah hari tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada jam 12.35 tengah hari. Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian. “Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori satu tan yang telah terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral

original sound - Sinar Harian