Raya Tepi Lebuh Raya

30 Apr 2024 • 4:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar kebakaran lori dipercayai membawa bateri di Plaza Tol Shah Alam. - gambar media sosial

Memang la alamak tapi kali ni bukan raya terkejut tapi sebuah lori dipercayai membawa mercun terbakar di tepi Plaza Tol Shah Alam di Bukit Jelutong.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi menyaksikan lori berkenaan terbakar beberapa meter sebelum memasuki plaza tol berkenaan, dari arah Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).

Beberapa letupan kecil dipercayai mercun yang terbakar, kedengaran dalam beberapa rakaman oleh orang awam yang melalui atau berada di kawasan berkenaan.

Menurut ciapan dari akaun X @plustrafik, kebakaran dipadamkan sekitar jam 2.25 petang.

Berikutan kejadian, laluan masuk ke plaza tol dikatakan terpaksa ditutup daripada dilalui trafik. – Getaran, 30 April 2024

@getaranmy Kejadian berlaku pada tengahari Selasa dan mengakibatkan kesesakan trafik. Video: Orang Awam #getaranmy #kebakaran ♬ original sound - Getaran