![Image from: [VIDEO] ‘Maaf semua, air ketuban dah pecah’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-10.45.42-1024x624.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang wanita memohon maaf kepada pengguna Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (Dash), khususnya penunggang motosikal kerana terpaksa menggunakan lorong kecemasan untuk ke hospital berikutan air ketubannya pecah.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads hari ini, wanita menggunakan nama akaun @syrvchvn itu berkata, dia dan suamu terpaksa menggunakan laluan tersebut selepas terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang tidak bergerak pagi ini.
“Saya tahu semua marah, sumpah maaf kepada semua pengguna Lebuh Raya Dash tadi, terutama kepada penunggang motosikal.
“Air ketuban dah pecah, sumpah sakit sangat dan tidak selesa duduk dalam kereta, terpaksa lalu lorong kecemasan sebab sesak tidak bergerak dari tol sampai hendak ke KPJ,” katanya.
Menurutnya, dia berharap pengguna jalan raya tidak menyalahkan suaminya yang ketika itu sedang berusaha membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Jangan marah suami saya, kami dah beri lampu isyarat kecemasan,” katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-rata memahami keadaan wanita berkenaan, selain mendoakan urusan kelahirannya dipermudahkan.
“Kegunaan lorong kecemasan adalah untuk kecemasan. Dalam situasi ini, awak ada hak untuk gunakan. Tak perlu minta maaf,” kata Amir Ridzwan.
“Itu la kegunaan sebenar lorong kecemasan. Selamat berpantang puan,” kata @threadsaiya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Maaf semua, air ketuban dah pecah’ appeared first on Kosmo Digital.


![Penumpang Pesawat Ditahan Selepas Didakwa Cuba Buka Pintu Kecemasan & Rosakkan Panel Tingkap Dalam Penerbangan KL – Kochi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/rosakkan-panel-tingkap-dan-cuba-buka-pintu-kecemasan.jpg?t=1786077617)