(VIDEO) “Mas Idayu Tolong Sedarkan Mereka!” – Nyanyian ‘Live’ Dikata Terlalu Sumbang, The Gadys Teruk Kena Kecam

Music
2 Mar 2024 • 10:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular nyanyian kumpulan M-Pop, The Gadys menyanyikan lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia secara siaran langsung di siaran TV2.

‘Macam mana boleh lepas jadi penyanyi ni?’

Kelihatan tiga ahli kumpulan The Gadys ‘syok’ menyanyikan lagu berkenaan di hadapan penonton dan ia dapat dilihat dalam keratan video yang tular di platform TikTok, baru-baru ini.

Nyanyian kumpulan itu telah meraih perhatian netizen dan rata-rata mempertikaikan tindakan pihak televisyen menjemput The Gadys sebagai tetamu undangan untuk nyanyi secara live di atas pentas.

Netizen ‘seru’ Mas Idayu

Kerana merasakan nyanyian kumpulan berkenaan terlalu sumbang, ramai yang menyeru penyanyi dangdut, Mas Idayu atau menggelarkan diri Mami untuk memberi komen ‘pedas’ agar dapat menyedarkan ketiga-tiga gadis itu.

image is not available

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 13,000 tanda suka dan lebih 500,000 tontonan daripada pengguna platform media sosial berkenaan.

image is not available 3 months ago

"Kami Bangga Sebagai Anak Malaysia.." - Nafi Terbawa-Bawa Unsur Barat, Dolla Hanya Ingin Capai Peringkat Artis Antarabangsa