Video: Masalah Benang Mesin Jahit Tak Sekata, Ini Dua Tips Cantik Dan Kemaskan Jahitan

Home & LivingLifestyle
18 Nov 2024 • 10:49 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Mesin jahit merupakan ciptaan hebat yang telah merevolusikan cara untuk menghasilkan dan membaiki pakaian. Kadangkala, mesin yang paling boleh dipercayai pun boleh mengalami masalah, termasuk jahitan yang tidak rata.

Benang jahit adalah bahan benang utama yang digunakan untuk menjahit pelbagai bahan pakaian dan mempunyai fungsi praktikal dan hiasan. Kualiti benang jahit bukan sahaja mempengaruhi kecekapan jahitan dan kos pemprosesan, tetapi juga mempengaruhi kualiti penampilan pakaian siap.

image is not available
Kredit: @ulatkain

Dua Tips Cantikkan Jahitan

Menurut perkongsian Youtube Kak Nab, dia menerangkan bahawa untuk mencantikkan jahitan, kita perlu mengambil berat kepada dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah yang boleh memicu jahitan menjadi tidak rata.

“Sekiranya bahagian atas benang jahitan rosak, anda perlu menyelaraskan bahagian mesin dibawah mengikut kesesuaian. Sekiranya bahagian bawah jahitan rosak, anda perlu memutar dan menyelaraskan tompol pelaras ikut kesesuaian.”

Pertama sekali, anda perlu melihat kepada rumah sekoci jahitan. Anda perlu memastikan sekoci itu bersih. Sekiranya ia kotor, bersihkan setiap ruangan kecil atau celah-celah lubang dengan menggunakan jarum. image is not available

Kredit: @KakNab via Youtube

Apabila mesin jahit ini sudah lama digunakan, benang akan mula tersumbat. Kemudian, anda perlu membuka needle plate kedua-dua belah iaitu kanan dan kiri, untuk melihat memeriksa bahagian dalam mesin.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Selepas itu, anda perlu membuka bahagian mesin jahit dan bersihkan menggunakan berus khas. Anda perlu membuat pembersihan mesin jahit secara berkala. Jangan sudah rosak, baru hendak membersihkannya.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Selalunya, apabila kerap menjahit, sampah akan terkumpul. Sedikit sebanyak anda perlu ada asas untuk membersih mesin jahit. Laluan tapak gigi mesin ini amat penting perlu dibersihkan. Benang-benang akan tersangkut.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Mesin jahit ini boleh diangkat dan dibersihkan pada bahagian dalam mesin sekiranya mempunyai kotoran.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Kemudian, tutup kembali semua bahagian yang anda buka seperti presser foot dan jarum mesin. Masukkan benang dan tarik benang untuk memastikan benang bersih dan tidak terputus.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Anda perlu mengambil kain jenis cotton dan cuba pada kain tersebut untuk memeriksa kekemasan jahitan benang.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Apabila bahagian atas kain yang dijahit kemas manakala bahagian belakang rosak kerana benang tidak sekata dan bersimpul.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Sekiranya jahitan benang pada bahagian bawah kemas tetapi bahagian atas jahitan tidak sekata. Anda perlu memeriksa dan menyesuaikan bahagian bawah mesin anda.

image is not available
Kredit: @KakNab via Youtube

Kalau tarik benang terlalu tegang, longgarkan sedikit pada bahagian untuk mengawal jahitan. Disini, anda perlu pandai melaras ketat benang dengan teliti, lama-kelamaan anda akan terbiasa.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: @KakNab via Youtube

View Original Article