(VIDEO) “Melingkup La Kedai Kau” – Tular Mat Saleh Kena ‘Ketuk’ Harga Burger Biasa RM10 Dengan Peniaga Bukit Bintang

Food
18 Jan 2024 • 2:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki warga asing menarik perhatian warganet di Facebook selepas dia berkongsi pengalaman membeli burger jalanan di sebuah gerai di Bukit Bintang.

Menerusi Facebook Travelling Solo Logs, pelancong tersebut berkongsi vlog ketika dia ke gerai tersebut dan mempersoal jika dia sudah ditipu oleh peniaga terbabit.

 

“Aku kena scam ke?”

Pelancong tersebut memaklumkan dia diberitahu bahawa burger jalanan adalah burger terbaik di Malaysia jadi dia tidak melepaskan peluang untuk rasa sendiri makanan itu.

Ketika di gerai tersebut, dia telah memesan burger daging tanpa telur dan keju daripada peniaga terbabit yang kemudian meletakkan harga RM10 untuk hanya satu burger yang dipesan itu.

Tak patut ‘ketuk’ pelanggan harga macam tu

Meskipun pelancong itu mengakui burger tersebut sedap tetapi bagaimanapun dia seperti tidak percaya dan mempersoal adakah benar harganya begitu atau dia sudah ditipu.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan reaksi netizen yang menghentam tindakan peniaga burger berkenaan kerana mengambil kesempatan terhadap pelancong.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sesetengah individu turut menggesa pihak berwajib, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan terhadapnya.

image is not available 1 week ago

(VIDEO) "Abang Pernah Bake Ke?" - 6 Jam Beratur Nak Beli Cromboloni, Netizen Bengang 'Owner' Cafe Biadab Dengan Pelanggan