Peniaga Bukit Bintang Caj ‘Burger Biasa’ RM10 Pada ‘Foreigner’, Netizen Gesa KPDN Ambil Tindakan

Entertainment
18 Jan 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelancong asing baru-baru ini memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang membeli burger tepi jalan dari sebuah gerai yang terletak di Bukit Bintang.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook Travelling Solo Logs, pelancong terbabit memesan burger daging tanpa telur dan keju.

Katanya, dia difahamkan burger tepi jalan adalah burger terbaik di Malaysia dan tak mahu melepaskan peluang merasainya.

Apabila pesanannya telah siap, peniaga terbabit bertindak meletakkan harga sebanyak RM10 untuk satu burger biasa kepada pelancong tersebut.


Walaupun pelancong itu mengakui burger tersebut enak, dia juga berasa sangsi dan mempersoal adakah dirinya telah diperdaya dengan harga burger itu.

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit mengecam tindakan peniaga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga ‘cekik darah’ dan berpendapat ia amat melampau mengenakan harga setinggi itu untuk burger biasa.

Netizen turut mendedahkan harga untuk burger biasa tidaklah setinggi yang dikenakan oleh pelancong terbabit.

Malah, rasa kesal dengan sikap peniaga yang mengenakan caj tinggi kepada pelancong asing kerana boleh menjejaskan perniagaan peniaga lain.

Pada masa yang sama, netizen menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan.

image is not available image is not available

Peniaga di luar sana tolonglah bersikap jujur tidak kiralah kepada pelanggan tempatan atau luar negara.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.