[VIDEO] Meninggal Dunia Semasa Mendaki Gunung Tahan, Jenazah Dibawa Keluar Guna Helikopter

Entertainment
8 Feb 2024 • 6:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenazah seorang wanita yang dikenali sebagai Allahyarham Zahalita Othman yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Tahan, dekat sini, Selasa lalu telah selamat dibawa keluar dari kawasan pergunungan terbabit pada pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, operasi membawa keluar jenazah terbabit menggunakan helikopter bemula jam lapan pagi.

Jelasnya, kira-kira jam 8:30 pagi, jenazah wanita terbabit selamat telah dibawa naik ke atas helikopter milik JBPM dan diterbangkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang, lapor Bulletin TV3.

“Anggota bomba turut menghantar bekalan makanan tambahan kepada baki pendaki yang menemani jenazah di laluan mendaki Gunung Tahan sejak Selasa lalu sebagai bekalan untuk mereka meneruskan perjalanan pulang ke kaki gunung.”

Allahyarham Zahalita dilaporkan meninggal dunia di Gunung Reskit dekat Kuala Tahan, di Jerantut jam 7:30 pagi Selasa lalu, ketika menyertai program pendakian Gunung Tahan.

image is not available

Mangsa dikatakan mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan turun selepas mendaki Gunung Tahan yang bermula pada 1 Februari lalu.

Ismail berkata, operasi membawa keluar jenazah terbabit dilakukan sejak Selasa lalu, sebaik bomba mendapat laporan pendaki berkenaan meninggal dunia.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tergendala kerana hujan lebat dan awan tebal di sekitar kawasan pergunungan terbabit. Difahamkan jenazah mangsa akan dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

Sumber : Bulletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.