(VIDEO) “Menyusahkan Orang Je” – Sengaja Rosakkan Eskalator Baru Dinaiki, Remaja Ini Undang Kecaman Netizen

20 Jun 2022 • 4:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran video oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memaparkan tindakan vandalisme seorang remaja lelaki telah mendapat kecaman netizen.

Menerusi video rakaman CCTV tersebut, dilihat remaja berkenaan sengaja menekan butang berhenti pada sebuah eskalator di sebuah Stesen LRT di Sri Rampai

Difahamkan, pihak DBKL baru sahaja membaiki eskalator itu selepas perkhidmatannya tergendala namun dirosakkan semula selepas tindakan vandalisme remaja berkenaan.

image is not available

Eskalator ini baru sahaja dibaiki dan diaktifkan semula untuk kemudahan orang ramai.

Menurut pihak DBKL, butang kecemasan pada eskalator hanya digunakan pada saat-saat kecemasan dan jika salah menggunakan butang tersebut, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan remaja itu yang disifatkan menyusahkan dan mempersoalkan mengapa wajah remaja itu dikaburkan dalam rakaman CCTV tersebut.

1 kerja pula technician nak datang sana semata mata nak on balik. Ingat tekan je dah boleh jalan ke. Kalau escalator semudah tu je on mana nak datang safety nya. Benak! – netizen.

Kenapa di kaburkan muka.. Kalau terjumpa senang nak hantar pergi balai polis. Perkara dah salah! Kira Vandalism, menyusahkan orang ramai yang nak gunakan escalator,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Cari Sampai Dapat!" - Tular Lelaki Sengaja Seksa Kucing, Baling Batu Sampai Berdarah