Video Mesra Keluar Dating Tular, Lee Chaemin & Ryu Dain Sah Sedang Bercinta Kini

Entertainment
25 Mar 2024 • 4:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semakin hari, semakin ramai selebriti Korea yang mengumumkan tentang hubungan percintaan mereka.

Terbaru, pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Lee Chae-min dan Ryu Da-in dilihat sedang keluar meluangkan waktu bersama, menimbulkan khabar angin percintaan.

Khususnya menerusi video yang dikongsi, lelaki itu memegang bag tangan dan jaket ‘kekasih’nya itu, mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka pastinya lebih daripada kawan.

Sebagai respon, agensi Lee Chae-min mengesahkan,

Lee Chae-min dan Ryu Da-in telah menjadi rakan sekerja dan mula mengenali satu sama lain dengan perasaan yang baik. Kami meminta anda melihat mereka dengan perasaan hangat.

Sementara itu, Lee Chae-min dan Ryu Da-in pernah sama-sama membintangi drama “Crash Course in Romance” pada tahun lepas.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.