(VIDEO) Mesra Nyanyi Duet Bersama, Rakan Artis Bagi ‘Hint’ Daiyan Trisha & Hun Haqeem Sedang Bercinta?

EntertainmentMusic
22 Feb 2024 • 2:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dimuat naik oleh pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha di Instagram masing-masing mendapat perhatian ramai termasuklah rakan-rakan selebriti.

Menerusi hantaran dikongsi pelakon drama W: Two Worlds itu, mereka dilihat menyanyikan dua buah lagu berbeza iaitu Aku Dan Dirimu dan City Of Stars.

 

Ramai rakan artis bagi hint?

Cover lagu nyanyian mereka itu meraih perhatian ramai di platfrom media sosial berkenaan yang berpendapat mereka nampak begitu sweet bersama.

Ramai rakan artis seperti Mira Filzah, Naim Daniel, Hairul Azreen, Nelydia Senrose, Sharifah Amani dan Rashidi Ishak turut memberikan komen menyukai apa yang mereka tonton itu.

image is not available image is not available image is not available

Komen-komen mereka itu pula seolah-olah memberi bayangan bahawa Daiyan dan Hun sedang bercinta atau mungkin sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Saya approve, siapa setuju?, komen Hairul Azreen.

image is not available image is not available image is not available

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

 

Untung Hun dah rapat dengan ‘crush’

Dalam pada itu, ramai peminat mengusik aktor berusia 26 tahun tersebut kerana sebelum ini Hun pernah mengakui celebrity crush dia adalah Daiyan Trisha.

Rata-ratanya berseloroh dan berkata Hun beruntung kerana kini dia bukan sahaja mengenali tetapi juga mempunyai hubungan rapat dengan celebrity crush sendiri.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, sesetengah peminat seperti berharap agar mereka berdua memang benar menjalinkan hubungan cinta malah ada yang mendoakan Hun dan Daiyan ke jinjang pelamin.

image is not available

image is not available 2 months ago

"Ingat Umur 30 Dah Pandai Fikir Tapi.." - Peminat Kecewa Daiyan Trisha Reviu 'Brand' Sokong Israel