[VIDEO] Mood Deepavali, tong gas pun kena sental

31 Oct 2026 • 3:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Mood Deepavali, tong gas pun kena sental

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak yang tekun mencuci tong gas sebagai persiapan menyambut Deepavali tidak lama lagi mengundang perhatian dan mencuit hati orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @darlz_chandran, kanak-kanak itu dilihat bersungguh-sungguh menyental tong gas menggunakan span dan sabun sehingga dipenuhi buih.

Situasi tersebut menghiburkan netizen yang turut berseloroh mengenai tugas pembersihan yang perlu dilakukan menjelang musim perayaan.

“Adik okay tak tu. Acik takut meletup,” komen fzeymaa.

“Janganlah mak aku nampak video ini. Tak lama nanti raya. Tahun lepas mak aku suruh aku bersihkan atas bumbung. Dengan puasanya, ah semput,” kata yang lain.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman melihat masyarakat India melakukan kerja pembersihan secara menyeluruh menjelang sambutan Deepavali.

“Serius suka tengok India kemas rumah. Saya ada kawan India juga, jadi waktu raya memang mereka deep clean (membersihkan secara menyeluruh) betul-betul rumahnya. Betul-betul basuh, berkilat setiap penjuru,” katanya.

“Bagusnya kaum India ini, rumah mereka betul-betul bersih,” komen zulaika_yahaya.

Seorang lagi pengguna pula berseloroh mahu meminjamkan kanak-kanak itu untuk membantu kerja-kerja pembersihan di rumahnya.

“Boleh pinjam kejap tak anak awak? Saya bagi upah. Just kidding (bergurau),” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Mood Deepavali, tong gas pun kena sental appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved