(VIDEO) Nahas Fun Fair ‘Sotong Ride’ Di Puncak Alam, Wanita Dan Kanak-Kanak Cedera Parah Akibat Tercampak Keluar

13 Dec 2022 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kegembiraan bertukar tragedi apabila satu insiden di tapak hiburan ‘fun fair’ telah menyebabkan dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera akibat tercampak keluar dari satu permainan yang disediakan di situ.

Difahamkan kejadian ngeri berkenaan telah terjadi di tapak ‘fun fair’ dekat Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Mangsa-mangsa itu dilaporkan cedera setelah tercampak ketika menaiki permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa yang memaklumkan ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

image is not available

Sumber : Twitter  

Mangsa dilaporkan terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’ ketika sedang berpusing.

Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka.

Siasatan kes tersebut turut dibuka dan ia dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

Ugut Nak Sebar Gambar Lucah 'Ex', Ikon Permotoran Kini Ditahan Polis