![Image from: [VIDEO] ‘Nak pecah dada nangis sebab Tun…tengok bomba ni terhibur hati’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/ed6d1135-6d25-4280-89da-40436a699564-1024x714.jpeg)
PETALING JAYA – Di sebalik kesedihan orang ramai mengenang pemergian Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, Isnin lalu, satu video sekumpulan anggota bomba ‘mengubati’ seketika kedukaan tersebut.
Gelagat bersahaja beberapa anggota bomba mencuri perhatian apabila mereka dilihat menyertai aktiviti zumba bersama sekumpulan wanita menerusi video yang dikongsikan @Nrzerx di media sosial.
“Paling depan tu dalam dunia sendiri dah tu. Paling gembira berzumba kejap. Menyempat sertai mak cik-mak cik ni,” katanya.
Hantaran itu mengundang senyuman netizen, malah ada yang menyifatkannya sebagai ‘hiburan’ seketika di saat ruang maya masih dipenuhi perkongsian mengenai Allahyarham Tun Siti Hasmah.
“Nak pecah dada nangis ja dua hari sebab Tun. Tengok video ni terhibur juga hati,” ujar @Ryzun07.
“Walaupun mata pedih-pedih dari semalam sampai nak memandu pun macam tak boleh buka mata, sis terhibur petang ni. Terima kasih la bagi kami sengih,” komen @Masriyana_bakri.
“Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berzumba-zumba,” seloroh @Amirulhalim22. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Nak pecah dada nangis sebab Tun…tengok bomba ni terhibur hati’ appeared first on Kosmo Online.

