[VIDEO] Nak Sailang Bini Member Punya Pasal, Lelaki Sanggup Hantar Sihir

Entertainment
28 Oct 2022 • 7:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai orang Islam, kita haruslah menjauhkan diri dari perkara syirik dan khurafat. Bagaimanapun tidak dinafikan masih ada segelintir pihak yang menggunakan ‘bantuan’ makhluk halus dengan tujuan jahat seperti memisahkan hubungan atau memburukkan perniagaan orang.

Macam baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok yang menunjukkan seorang wanita yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tradisional.

Dipercayai menerusi video tersebut, seorang wanita sedang berubat kerana didakwa telah disihir oleh kenalan suaminya dari geng konvoi kereta.

Apa yang lebih mengejutkan, ketika sesi rawatan ‘benda’ yang ada di dalam badan wanita itu menceritakan semua perkara kepada pengamal perubatan.

Dapat dilihat dari video tersebut, ‘benda’ itu memaklumkan yang tuannya meminati wanita ini, dan ingin mengenali wanita tersebut secara lebih dekat malangnya wanita ini sudah mempunyai suami.

Untuk cerita dan video penuh, korang boleh tengok kat bawah ni:

@ekkanabila_bella

Replying to @scorpion1980 Siap bgi 20k cash. Sruh tinggal laki dia ikut si penyihirimage is not available

♬ original sound – EKKA | PAKAR BAKAR SEMUA LEMAK – EKKA | PAKAR TURUN BERAT BADAN

Selepas video itu menjadi tular, rata-rata warganet tertarik untuk mengetahui cerita lebih lanjut tentang keadaan wanita itu selain ada juga yang berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing.

“Aku percaya benda ni sebab pernah jadi dekat kawan sendiri, bini dia kawan dari group kereta nak try. Macam-macam hal, dah takde perempuan lain ke nak try?” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang memberikan pelbagai reaksi yang berbeza.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, kesahihan sumber ini masih menjadi tanda tanya. Betul atau pun tidak, Wallahualam.. Semoga diberikan hidayah dan petunjuk kepada yang terlibat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article