[VIDEO] ‘Nak simpati, tapi ambil banyak sangat’

8 Oct 2026 • 3:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Nak simpati, tapi ambil banyak sangat’

PETALING JAYA– Niat mahu bersimpati terhadap seorang wanita yang didakwa mencuri beberapa paket serbuk kopi dari sebuah kedai, bertukar sebaliknya apabila jumlah barangan yang diambil mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kedai di kawasan Pokok Nangka, Kuantan, Pahang sebelum video kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, beberapa kakitangan kedai dilihat menahan seorang penunggang motosikal yang membawa seorang kanak-kanak, sebelum menemui sejumlah paket serbuk kopi dipercayai diambil dari premis berkenaan.

Barangan berkenaan kemudiannya dikeluarkan dan diletakkan di atas meja, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi netizen terhadap tindakan wanita terbabit.

Ada yang melahirkan simpati sekiranya wanita itu benar-benar mencuri kerana mahu mendapatkan minuman untuk keperluan diri, namun sebahagian netizen mempersoalkan kuantiti serbuk kopi yang diambil.

“Nak simpati, tapi ambil banyak sangat,” antara komen yang mendapat perhatian.

Seorang lagi netizen berseloroh, jika hanya mengambil satu atau dua paket mungkin orang ramai masih boleh memahami keadaan.

“Banyaj sangat jumlah yang dia ambil tu, kalau nak tolong bayar pun macam tak mampu. Jenama ni pun mahal,” kata Hafizulhelmi.

Dalam pada itu, terdapat juga dakwaan dalam ruangan komen bahawa produk berkenaan mungkin diambil untuk dijual semula, namun perkara tersebut tidak dapat disahkan.

Kesahihan lokasi, punca kejadian dan tindakan lanjut terhadap wanita terbabit juga belum dapat dipastikan berdasarkan maklumat yang tular.

Orang ramai turut mengingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap individu yang disyaki mencuri dan menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.- KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Nak simpati, tapi ambil banyak sangat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved