[VIDEO] Netizen Kagum Tengok YDP Agong Sekeluarga ‘Lepak’ Sambil Makan Keropok Dengan Rakyat Di Sabah

Entertainment
5 Sep 2023 • 5:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi oleh rakyat jelata kerana mereka cukup sinonim dengan sikap mereka yang merendah diri untuk sentiasa ‘turun padang’.

Baru-baru ini, baginda sekeluarga terlibat dalam satu program yang dikenali sebagai Kembara Kenali Borneo di mana mereka akan melakukan penjelajahan ke Sabah dan Sarawak, ia bertujuan untuk membantu menghakis perasaan kewilayahan dan kenegerian antara rakyat di Semenanjung dengan negeri di bawah bayu dan bumi kenyalang itu, lapor Astro Awani.

Susulan itu, dapat dilihat banyak video menunjukkan baginda sekeluarga meluangkan masa bersama rakyat di media sosial dan terbaru ini, video memperlihatkan baginda ‘lepak’ bersama rakyat di warung menjadi perhatian.

Menurut perkongsian di TikTok, dapat dilihat Permaisuri Agong bersama ahli keluarga berada di sebuah gerai bersama-sama rakyat jelata, meraka beramah mesra sambil makan keropok.

Dalam video lain, dikatakan baginda turut memberikan sumbangan kepada peniaga-peniaga gerai sebuah kampung yang terletak di Kunak, Sabah.

Dalam masa 23 jam, video ini telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan dan rata-rata netizen begitu kagum melihat baginda yang berjiwa rakyat. Bahkan, ada juga yang suka melihat gelagat mereka.

image is not available image is not available image is not available

Bestnya, tak ada pun jarak antara baginda dengan rakyat, tak kisah makan bersama-sama dengan rakyat.

Sumber : TikTok @paiptersumbat / @azuaneffendy8

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.