[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Individu OKU Penglihatan, Pertama Kali Dapat Jejakkan Kaki Di Hadapan Kaabah

Entertainment
26 Apr 2024 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Melihat video ini, ia membuatkan kita yang sempurna penglihatan ini berasa terkesan di hati kerana masih belum mampu untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, sedangkan golongan OKU penglihatan ini sudah sampai ke sana biarpun tidak dapat merasai nikmat Allah SWT seperti orang biasa.

Lebih sebak lagi apabila melihat reaksi golongan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) ini selepas wakil membuat pengumuman apabila mereka semua sudah tiba di hadapan Kaabah.

Ada yang sampai menitiskan air mata, bahkan orang sekeliling juga merasa sebak melihat jemaah-jemaah istimewa ini berdoa dan mengerjakan solat di situ.

@umrahandalusiadotcom

“ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH ” Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda? Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024#umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji

♬ Illahi Moqaleb Al Qoulob – Mohamed Tarek

Dalam masa 7 jam, video yang telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan ini membuatkan ramai netizen turut menitiskan air mata apabila menontonnya termasuklah individu bukan Islam.

Ramai yang berharap agar mereka dapat mengerjakan ibadah umrah seperti golongan itu dan ada yang merasa rendah diri apabila melihat mereka ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga kita semua dipermudahkan urusan untuk menjadi tetamu Allah SWT seperti mereka ini. Amin.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.