[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Jep Sepahtu Menangis Disuap Bubur Bercili Oleh Sari Yanti

Entertainment
17 Oct 2022 • 2:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sahaja yang tidak tahu dengan siri sitkom Sepahtu Reunion kan? Rancangan yang disiarkan secara live sejak 2015 itu sememangnya membuatkan ramai tak kering gusi.

Bagi yang selalu menonton sitkom tersebut pasti tahu yang setiap episod akan ada seorang tetamu jemputan yang akan memainkan karakter mengikut tema pada minggu tersebut.

Baru-baru ini, rancangan tersebut mengadakan siri jelajahnya, lokasi pertama yang diadakan adalah di Johor Bahru dan tetamu undangannya adalah primadona tanah air iaitu Erra Fazira serta penyanyi tersohor Dato’ M. Nasir.

Episod tersebut memaparkan Jep sebagai Haris dan terdapat babak di mana dia disuapkan bubur oleh Erra Fazira, lebih menghiburkan apabila Jep yang juga suami kepada pelakon Sari Yanti itu kelihatan nervous apabila makan makanan yang disuapnya.

“Bukan selalu dapat…”

Sedutan rancangan itu membuatkan ramai yang menunggu reaksi Sari Yanti dan terbaru pelakon cantik manis itu memuat naik dia sedang menyediakan bubur berlauk cili untuk disuapkan kepada Jep.

Selang beberapa minit, Jep menerusi laman TikTok miliknya memuat naik video dia sedang disuapkan bubur oleh isterinya itu sambil menangis, pedas betul tu!

“Masa Erra suap tak nangis pun!”

Video tersebut mengundang tawa netizen dan ramai yang terhibur melihat telatah pasangan suami isteri tersebut.

image is not available

Berani buat, berani tanggung ye Jep hehe…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.