[VIDEO] "Ni Camping Ke Pindah Rumah? Siap Ada Pokok Hiasan Bagai" - Netizen Puji Pasangan Ni Effort 'A' Bercuti Dalam Khemah!

9 Mar 2023 • 3:50 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Khemah zaman dahulu tidaklah semewah zaman sekarang. Dulu hanya perlu cari tempat cantik, maka mulalah berkhemah sambil tidur dalam ‘sleeping bag’.

Tapi sekarang sejak-sejak meletusnya zaman content demi media sosial -- khemah sudah ada yang besar malah boleh muat tilam angin dan tidur dengan selesa bersama anak-anak.

image is not available

Pasangan influencer media sosial ini mencuri tumpuan apabila memasang khemah di tapak perkhemahan sambil meletakkan dekorasi ibarat di rumah.

Seorang pengguna Twitter, @norazambudin memuat naik video tersebut selepas merasa kagum dengan cara pasangan itu.

“Gila la effort (usaha) dia nak camping (berkhemah). Serupa pindah rumah.

“Ini bukan kemampuan effort aku, tapi aku puji sebab kerajinan dia untuk pasang khemah ni dan cantik gila,” katanya.

Warganet sempat berseloroh adakah pasangan tersebut membawa lori tapi tetap memuji dekorasi mereka yang sangat cantik.

"Dia bawa lori ke pegi camping? Tapi cantik sangat dekorasi. Serius cantik. Effort A++,” ujar @arfhartoe.

“Usaha dan kesungguhan tu memang terbaik! Walaupun untuk content (kandungan) je, tapi memang respect (hormat) la,” komen @vanillcaramela.