(VIDEO) Noraniza Idris Tiba-Tiba Diam ‘Part’ Lagu 7 Nasihat Di Persembahan ASK, Netizen Persoal, – “Rosak Lagu!”

Music
1 Nov 2022 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ratu irama tradisional Melayu, Noraniza Idris sekali lagi mencuri tumpuan apabila sebuah video ketika persembahannya di malam Anugerah Seri Angkasa 2022 baru-baru ini menjadi bahan bualan warga maya.

Dalam video yang menjadi tular di TikTok dan Twitter itu, Noraniza Idris ataupun lebih mesra disapa sebagai Kak Ani didakwa tiba-tiba sahaja mendiamkan dan tidak menyanyikan lagu 7 Nasihat nyanyian asal Siti Nurhaliza ketika persembahan.

Hanya kedengaran suara penyanyi latar, Kak Ani dilihat hanya berjoget dan menari di tengah pentas.

Berikutan itu, ramai netizen terutamanya peminat Siti Nurhaliza tampil mempersoalkan tindakan Kak Ani untuk tidak menyanyikan lagu tersebut.

image is not available

Sumber : TikTok  

Kenapa Kak Ani tak menyanyi lagu Siti tu?

Hanya lagu 7 Nasihat je dia tak nyanyi, sesuatu sangat!

Spekulasi demi spekulasi timbul apabila penyanyi lagu Dikir Puteri itu boleh saja menyanyikan lagu Intan Payung selepas lagu 7 Nasihat tamat.

Mungkin Kak Ani terlupa lirik kot? Husnuzon je lah korang..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Nampak Bentuk Pungg*ng Tu Kak" - Imej KilaFairy Dipertikai, Netizen Doa Agar Terus Istiqamah