Tular Rumah Dibina Sebelah Batu Gergasi, Netizen Risau Takut Batu Tiba-tiba Bergolek

29 Oct 2022 • 1:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Rumah Dibina Sebelah Batu Gergasi, Netizen Risau Takut Pemiliknya Dilenyek

Satu klip video yang menunjukkan sebuah rumah dibina bersebelahan dengan batu gergasi menjadi tular di media sosial di Indonesia baru-baru ini, lapor Merdeka.com.

Video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @ajahcikangkareng telah berjaya mencuri perhatian pengguna kerana posisinya yang betul-betul terletak di bahagian sisi bawah batu besar yang tidak dinyatakan saiznya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat satu struktur yang runtuh, seolah-olah dilenyek batu berkenaan. Keadaan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen yang menonton video tersebut. Ada diantara mereka tertanya-tanya mengapa pemilik rumah berkenaan mengambil risiko untuk membina rumah di kawasan tersebut.

image is not available
Kredit Ajah Cikangkareng/TikTok

Selain itu, terdapat juga aliran air yang mengalir dan tumbuh-tumbuhan liar telah tumbuh di sekitar batu gergasi yang bulat itu.

Berdasarkan satu muat naik di YouTuber melalui Ciancur Selatan, pemandangan luar biasa itu terletak di Kampung Batu Luh, Kampung Cingkareng, Cianjur Selatan Indonesia.

Difahamkan, pemilik rumah tersebut menyedari risiko yang menantinya dan dilaporkan telah pun mengambil beberapa langkah pencegahan, antaranya membina struktur konkrit dibahagian bawah batu tersebut yang bertindak sebagai penahan daripada batu gergasi berkenaan bergolek.

Namun yang uniknya, lokasi rumah tersebut telah menarik perhatian para pengunjung dan kehadiran orang luar itu tidak dipersia-siakan oleh pemilik rumah tersebut.

Dia dilapor membuka sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan orang ramai dan peralatan perniagaannya turut disimpan di bahagian bawah batu gergasi itu.

 

Muat naik video di TikTok itu telah mendapat tontonan sebanyak 4 juta tontonan. Ramai di kalangan penonton telah meninggalkan komen mereka berkenaan dengan keadaan batu dan rumah tersebut.

image is not available
Kredit Ajah Cikangkareng/TikTok