“Sebak melihatnya” – [VIDEO] Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan Sujud Syukur Lepas Keluar Mahkamah

Entertainment
23 Jul 2024 • 2:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas menerima rayuan pihak pendakwaan dan mengenepikan hukuman penjara 18 tahun terhadap keenam-enam tertuduh.

Sebuah video tular di media sosial memaparkan ibu bapa Allahyarham sujud syukur selepas keluar daripada mahkamah.

Dapat dilihat daripada video itu, bapa Zulkarnain Idros dan ibu Allahyarham, Hawa Osman bersujud di luar mahkamah dengan penuh sebak.

Dalam temu ramah lain, Zulkarnain berkongsi dia sekeluarga sangat bersyukur dengan keputusan para hakim dan berkata doanya serta rakyat Malaysia yang lain telah termakbul.

“Masa hakim baca fakta dan menepis alasan mereka tu, kami dah bersyukur. Syukur, fakta tu dapat mematahkan hujah-hujah peguam bela mereka,” kata bapanya.

Dalam pada itu, bapanya itu juga berkata mereka amat lega dengan hukuman yang dijatuhkan itu dan akan membuat majlis kesyukuran.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.