[VIDEO] Paramedik ‘Share’ Cara Yang Betul Untuk Korek Telinga Yang Ramai Tak Tahu

Health & Fitness
28 Jun 2022 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai orang biasa mengalami masalah kurang selesa dalam telinga dan antara jalan penyelesaiannya adalah menggunakan pelbagai peralatan terutama putik kapas bagi membersihkan tahi telinga.

Telinga sebenarnya tidak perlu dikorek

Perbuatan mengorek telinga yang dikatakan bertujuan menjaga kebersihan dan kesihatan sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk. Terbaharu, seorang paramedik ada berkongsi satu video di TikToknya @irwanrosd1 menjelaskan bahawa telinga pada asasnya tidak perlu dikorek.

Hanya bersihkan luar telinga, jangan pakai alatan tajam

image is not available

Paramedik yang lebih dikenali sebagai Irwan ini juga memberi tips untuk mencuci telinga dengan betul iaitu dengan hanya membersihkan bahagian luaran telinga sahaja dengan kain.

Selain itu, Irwan turut menasihati orang ramai supaya elakkan korek telinga dengan menggunakan alat yang tajam dan boleh mencederakan.

Paramedik ini juga sempat berpesan supaya menggunakan cotton bud yang lebih berkualiti untuk mengelakkan putiknya daripada mudah tertanggal.

Di akhir video, jelas dapat dilihat Irwan sedang menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan hujung putik dalam telinga pesakit. Nampak tak betapa bahayanya pakai putik kapas ni!

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang dah jadikan korek telinga itu sebagai satu tabiat selain pernah berkongsi kesan buruknya sampai terpaksa pergi ke hospital akibat mengalami gegendang telinga pecah.

image is not available

Mulai sekarang ni, korang dah tak perlu korek telinga dalam-dalam, risau gegendang telinga pecah atau berisiko dapat sakit telinga yang lain!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article