
Suasana dalam Sidang Dewan Rakyat sesi pagi hari ini menjadi kecoh apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bertelagah dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang.
Bengang dilabel seksis
Menurut laporan Sinar Harian, Tajuddin bangkit dan mencelah ketika Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021 membuat kenyataan yang mengaitkan dirinya sebagai seksis.
“Kamu (ahli Parlimen pembangkang) cuba untuk memperlihatkan kami (ahli Parlimen kerajaan) mempunyai imej yang buruk. Macam kita tidak ada maruah diri.”
Dalam pada itu, Tajuddin juga ada merujuk kenyataan Teo Nie Ching (PH-Pulai) dengan mengaitkan dirinya bersama-sama Ahli Parlimen Baling (Datuk Seri Azeez Abdul Rahim) dan Ahli Parlimen Kinabatangan (Datuk Seri Bung Mokhtar Radin) sebagai seksis dan sering membuat kenyataan gangguan seksual terhadap ahli Parlimen wanita.
Suasana menjadi tegang dan ia membuatkan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon rasa tak selesa dan mengarahkan Tajuddin untuk bertenang.
Namun begitu, RSN Rayer (PH-Jelutong) yang pada ketika itu bangun telah mempertikaikan tindakan Rashid yang masih bertoleransi dengan Tajuddin.
Beliau turut mempersoalkan tindakannya menghalau Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) pada Isnin lalu.
“Timbalan Speaker kemarin (Ahli Parlimen) Kota Belud dihalau, perangai macam ini (Tajuddin) mengapa tidak halau keluar?”
Pertikaian itu sekali lagi diselar oleh Tajuddin dengan mempersoalkan wakil rakyat DAP mencabar Rashid.
“Kenapa kamu cabar Speaker? Kenapa provok Speaker?,” teriak Tajuddin.
Tajuddin mempertahankan dirinya dengan berkata tuduhan kepada dirinya dan dua lagi ahli Parlimen seksis adalah tidak benar.
“Mereka tidak kenal siapa kami, bagaimana kita menjaga maruah wanita terutamanya Wanita UMNO. Kamu boleh tanya mereka, yang masalah ini adalah wanita DAP. Perangai tidak senonoh mulut cabul,”
Mencarut P*k*m*k dalam dewan?
Dalam pada itu, satu lagi isu yang menjadi tumpuan netizen di media sosial ini adalah ketelanjuran katanya ketika Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang (GPS – Kota Samarahan) sedang ingin memulakan perbahasan mengenai RUU Anti Gangguan Seksual 2021.
Perbahasan itu dicelah oleh beberapa ahli Parlimen yang dikatakan terdengar ayat yang terkeluar dari mulut Tajuddin sebelum Kasthuriraani A/P Patto (PH-Batu Kawan) melaporkan perkara ini kepada YDP Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, ia dikatakan ayat itu disebut ketika mikrofon dimatikan dan ia disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menerusi Twitter miliknya.
What a day, witnessed Pasir Salak used the word “p*k*m*k”in dewan
— Wong Shu Qi (@WongShuQi) July 20, 2022
Perkara itu turut dibahaskan oleh Kasthuri, walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan ketika itu ada beberapa ahli parlimen mendengar wakil rakyat Umno itu menyebut perkataan “p***mak dua kali.
Baca : [VIDEO] “Pakai mask” – Pelitup Muka Tajuddin Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Sampai Wartawan Tegur?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

