[VIDEO] Pelajar tolak kawan OKU nyaris dirempuh Nissan X-Trail

LocalCars
16 Nov 2026 • 12:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pelajar tolak kawan OKU nyaris dirempuh Nissan X-Trail

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu Nissan X-Trail yang dipercayai memandu laju serta melanggar lampu isyarat merah di hadapan sebuah sekolah di Persiaran 14, Putrajaya mengundang kecaman orang ramai.

Kejadian itu tular susulan sebuah video memaparkan seorang pelajar sedang menolak rakan sekolahnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) untuk melintas jalan.

Bagaimanapun, sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail yang dilihat bergerak laju terus melepasi persimpangan meskipun lampu isyarat merah.

“Di mana ‘common sense’ (pertimbangan) anda bila lalu depan sekolah? Nak letak lampu isyarat besar mana lagi entah baru nampak lampu merah itu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya mengecam tindakan pemandu tersebut.

“Ya Allah, besar pahala yang menolak. Semoga urusan dia dipermudahkan dan bodoh bagi pemandu kereta yang langgar lampu merah,” komen Suzairi.

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali Yani mencadangkan supaya pihak berkaitan untuk membina bongol jalan berhampiran lintasan belang memandangkan ia merupakan kawasan sekolah.

“Ramai pemandu ‘degil’ untuk berhenti ketika melalui kawasan ini. Tahniah kepada Izz Ziaulhaq yang prihatin membantu rakan sekolahnya yang kurang upaya melintas jalan,” ujarnya.

Mengulas perkara tersebut, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin menganbil maklum perkara tersebut dan akan menghubungi Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi meneliti keperluan menyediakan langkah keselamatan tambahan di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Pelajar tolak kawan OKU nyaris dirempuh Nissan X-Trail appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved