Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya

LocalCars
16 Nov 2026 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya

01-X-Trail-e-POWER-x-e-4ORCE-leading-the-KLHalf-Marathon-pack.jpg

Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE serba baharu membuat penampilan sulung di jalan raya Malaysia sebagai Kereta Pendahulu Rasmi KLHALF Marathon 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kemunculan rasmi menerusi Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) ini menjadi petanda awal sebelum pelancaran SUV elektrifikasi terbaharu itu tidak lama lagi.

Menerajui ribuan pelari merentasi laluan utama ibu negara, SUV ini ditugaskan menetapkan rentak perlumbaan dalam acara larian berprestij tersebut.

02-X-Trail-e-POWER-x-e-4ORCE-sets-the-pace-at-KLHALF.jpeg

Peranan ini menyerlahkan keupayaan sebenar Nissan X-Trail e-POWER yang menggabungkan prestasi responsif serta kestabilan kawalan pemanduan di jalan raya.

Naib Presiden Eksekutif ETCM, Christopher Tan berkata, pihaknya  berbangga menjadi Kereta Pendahulu Rasmi bagi KLHALF Marathon 2026.

"Kerjasama ini bukan sekadar penajaan, tetapi merupakan gandingan semula jadi antara sebuah acara yang meraikan kecemerlangan prestasi dengan sebuah kenderaan yang direka khas untuk memberikan prestasi sedemikian. 

"Penampilannya di KLHALF menandakan satu pencapaian penting buat Nissan di Malaysia, sekali gus memberikan gambaran awal tentang lembaran baharu yang lebih mengujakan dalam perjalanan kami ke arah mobiliti elektrifikasi,” katanya.

Teknologi Nissan e-4ORCE Kawal Tork Sepantas 1/10,000 Saat04-Nissan-lineup-on-display.jpeg

Model ini dilengkapi teknologi Pacuan Semua Roda Pintar (Intelligent All-Wheel Drive) dikenali sebagai Nissan e-4ORCE yang dibangunkan bagi meningkatkan cengkaman dan keselesaan kabin. Beroperasi bersama sistem Nissan X-Trail e-POWER, dua motor elektrik menguruskan pengagihan kuasa serta daya brek pada keempat-empat roda secara bebas.

Berbeza dengan sistem pacuan semua roda mekanikal konvensional, e-4ORCE mengawal tork dan brek secara elektronik sepantas 1/10,000 saat. Tindak balas pantas ini membantu mengurangkan olengan badan kenderaan dan menawarkan pemanduan yang lebih lancar dalam pelbagai keadaan jalan.

Petanda Awal Pelancaran SUV Elektrifikasi Nissan

Penampilan di KLHALF Marathon 2026 menjadi pentas pengenalan awam pertama buat SUV elektrifikasi Nissan generasi baharu ini sebelum tarikh pelancaran rasminya diumumkan. Pengenalan ini sekali gus mengukuhkan lagi barisan kenderaan berteknologi e-POWER jenama Jepun itu untuk pasaran tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved