[VIDEO] Pelik Kena Pakai Baju Singa, Isteri Buat ‘Surprise’ Bawa ‘Team Lion Dance’ Depan Suami

Entertainment
20 Feb 2024 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman media sosial ini, ramai yang berkongsi cara mereka menunjukkan penghargaan kepada pasangan sama ada dengan pemberian hadiah, bercuti bersama atau apa sahaja sebagai tanda ingatan.

Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan seorang isteri berkongsi momen membuat kejutan ‘luar biasa’ buat suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Biasanya, pasangan akan pergi ke restoran mewah untuk meraikan ulang tahun mereka. Tapi, lain pula dengan pasangan ini apabila menggunakan tarian singa sebagai elemen meraikan hari bahagia mereka.

@kaklongtehais

Finally dapat pun buat suprise tidak susah nak suprisenya malam semalam tido phone letak bawah batal risau kantoi plan nak prank dgn dia #fyp

♬ original sound – Zirahjamal – Zirahjamal

Menurut Zirah Jamal, dia dan suami telah berkunjung ke kedai makan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Ketika mereka sedang menjamah makanan di luar kedai, kelihatan sebuah lori yang membawa peralatan tarian singa lalu di hadapan mereka.

“Laki aku dah macam pelik”

Si suami mula berasa curiga dengan kehadiran lori itu kerana dia juga memakai baju corak singa yang diminta oleh isteri.

Kemudian, kedengaran bunyi gendang tarian singa semakin dekat dan si suami tidak menyangka ia ditujukan kepadanya.

“Masa ni dia gelakkan orang lain buat bising dekat kedai. Dia agak aku yang buat hal.

“Happy anniversary ‘B’,” katanya.

Sebaik membuat ucapan tersebut, kumpulan tarian singa berkenaan menghampiri meja mereka lalu membuat persembahan.

Malah seorang wakil kumpulan tersebut turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada mereka.

“Akhirnya dapat pun nak buat kejutan, tak susah nak buat. Malam semalam tidur, telefon letak bawah bantal risau kantoi plan nak prank dia (suami),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian netizen yang turut terhibur dan memuji kejutan rare yang dilakukan si isteri.

Dalam pada itu, ada yang bertanya kos menggunakan khidmat tarian singa dan Zirah memaklumkan dia membayar RM650 selama 30 minit.

image is not available image is not available

image is not available

Besar atau kecil, mahal atau murah sesuatu pemberian bukanlah ukuran, yang penting adalah kesungguhan atau effort yang ditunjukkan untuk menghargai satu sama lain. Betul tak?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.