[VIDEO] ‘Pelik kenapa FIFA masih pilih perlawanan di Indonesia’

LocalFootball
29 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Pelik kenapa FIFA masih pilih perlawanan di Indonesia’

PETALING JAYA – Rata-rata peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa kecewa dengan layanan ‘buruk’ penonton Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Indonesia, semalam.

Ini kerana, penonton bola sepak dari Malaysia terpaksa keluar dari GBK dengan diringi pasukan polis bagi melindungi keselamatan mereka.

Jelas peminat bola sepak, stadium itu tidak sepatutnya menjadi veneu untuk kejohonan bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Piala ASEAN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berkongsi pengalaman tersebut, seorang pengguna di aplikasi Threads dikenali sebagai @Theteaatarikk berkata, keadaan di stadium semalam cukup berbahaya.

“Keluar dari stadium pun guna bas polis, betapa teruknya penyokong Indonesia di sana.

“Pelik kenapa masih juga FIFA pilih main bola di Indonesia. Sudah ada kes kematian,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menyuarakan perkara sama dan mahu peminat Indonesia mengubah perangai mereka ketika menerima tetamu.

“Pernah nampak tak penyokong Indonesia datang Malaysia pastu kena macam ni? Paling tidak pun dalam stadium masing-masing maki hamun, luar stadium patutnya dah tak ada apa yang perlu dimarahnya,” tulis @Zarith_9944.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Ayudzrahh.

“Tak faham kenapa dia orang nak kena merusuh? Bukan keputusan seri ke? Punca merusuh?,”soalnya.

Terdahulu, dalam perlawanan semalam itu, Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Indonesia pada aksi kedua Kumpulan A Piala ASEAN.

Keputusan itu seakan kerugian besar buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe kerana skuad Garuda terpaksa bermain 10 orang dalam tempoh hampir satu jam. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Pelik kenapa FIFA masih pilih perlawanan di Indonesia’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved