[VIDEO] Pemandu Cemas Kenderaan Dipandu Hampir Dihimpit Treler Di Bintulu

28 Sep 2022 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Kalau kita berada di tempat abang tu memang ngiluimage is not available

[VIDEO] Pemandu Cemas Kenderaan Dipandu Hampir Dihimpit Treler Di Bintulu. Rasanya semua pemandu berpengalaman sudah tahu sedikit sebanyak risiko memandu berhampiran ataupun bersebelahan dengan kenderaan berat ni.

Silap langkah memang boleh buat melayang nyawa. Bahagian paling bahaya ni ialah bahagian sisi kiri dan kanan kepala treler. Err memang ngeri lagi mengilukan..

image is not available
[VIDEO] Pemandu Cemas Kenderaan Dipandu Hampir Dihimpit Treler Di Bintulu. Sumber: FB Asharuddin Jaini

Pemandu kereta menggunakan lorong kiri

Terbaharu telah tular satu rakaman dashcam milik netizen, pagi ini dilihat sebuah treler menghimpit pemandu kereta hingga menyebabkan pemandu tersebut cemas.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit 29 saat tersebut, dilihat kenderaan milik pemandu tersebut sedang memandu di lorong sebelah kiri dan manakala di lorong sebelah kanan terdapat sebuah treler yang membawa muatan.

Lihat video penuh di bawah:

https://www.facebook.com/100000540338905/videos/881729729856775

Pemandu tidak dapat pecut memotong treler tersebut kerana berhampiran dengan flyover Pan Borneo.

Pemandu kereta tersebut dilihat memandu di sisi kiri kepala treler, yang difahamkan ianya adalah titik buta (blindspot) treler tersebut. Pemilik dashcam tersebut hanya membawa kenderaan dengan kelajuan 70 km/h di sepanjang jalan.

Treler tersebut mengambil lorong sebelah kiri secara tiba-tiba hingga ia menghimpit kereta tersebut membuatkan pemandu cemas. Difahamkan bahawa pemandu tersebut tidak dapat pecut memotong treler tersebut kerana berhampiran dengan flyover Pan Borneo.

Walau bagaimanapun, netizen meninggalkan komen bahawa memberi nasihat terhadap pemandu tersebut agar tidak jalan beriringan dengan mana-mana kenderaan berat seperti lori dan treler. Kerana ianya adalah blindspot untuk mereka dan mampu memudaratkan buat pemandu yang lain.

Lihat komen di bawah:

image is not available
[VIDEO] Pemandu Cemas Kenderaan Dipandu Hampir Dihimpit Treler Di Bintulu. Sumber: FB Asharuddin Jaini

image is not available
Sumber: FB Asharuddin Jaini

image is not available
Sumber: FB Asharuddin Jaini

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: