[VIDEO] Peminat Sebak Tengok Zamani ‘Didukung’ Untuk Turun Dari Pentas Lepas Habis Buat Show

Entertainment
11 Oct 2022 • 5:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan penyanyi lagenda Zamani begitu menghibakan, para peminat yang hadir menyaksikan persembahannya dalam sebuah acara di Dataran Romping, Pahang malam tadi juga turut sebak apabila melihat sendiri di depan mata.

 

“Nak ajak selfie tak sampai hati”

Menerusi perkongsian daripada TikTok @azuraudanggalah, dia ada merakamkan detik-detik yang membuatkan para peminat yang hadir ke Pesta Orkid & Flora di Dataran Rompin malam tadi jadi sebak apabila menyaksikan keadaan Zamani selepas selesai membuat persembahan.

image is not available

Dalam rakaman video yang berdurasi 27 saat itu, dilihat Zamani ingin turun dari pentas dan dia didukung sambil dipegang oleh beberapa individu untuk turun dari pentas sebelum diiring untuk ke sesuatu tempat.

Peminat yang sebak melihat keadaannya itu jadi rasa tak sampai hari untuk selfie dengan Zamani dan mendoakan agar Zamani cepat sembuh.

“Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. kebetulan aku ada kt situ dan sempat lh rakam.. nak ajak selfie dah tak sampai hati tgk keadaan dia..semuga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani.”

@azuraudanggalah

Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. kebetulan aku ada kt situ dan sempat lh rakam.. nk ajak selfie dh tk sampai hati tgk keadaan dia..semuga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani..#Allahu #sebak #zamanislam_official

♬ Gerimis Mengundang – Album Version – Slam

Dalam satu perkongsian lain, video ini telah meraih lebih daripada 900K jumlah tontonan dan rata-rata netizen kesian melihat keadaan Zamani, mereka mendoakan agar penyanyi lagu Syair Si Pari Pari ini cepat sembuh.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Min sendiri sebak bila tengok keadaan Zamani yang masih lagi bekerja walaupun keadaannya sebegitu, mudah-mudahan Zamani dapat menjalani rawatan dengan segera.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.