(VIDEO) Penampilan Zafidah Rafik Di KLFW Jadi Tumpuan Ramai – “Allah, Lain Sangat Masa Mami Jarum Dulu”

EntertainmentLifestyle
7 Aug 2025 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon lagenda, Zahidah Rafik, mencuri tumpuan ramai ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini dengan penampilan total baru yang cukup memukau potongan rambut pendek berwarna perang keemasan (blonde) disarungkan dengan sut rona kelabu elegan.

Video penampilannya yang dikongsi menerusi akaun TikTok rasmi EH! segera menjadi tular, membuat banyak netizen hampir tidak mengenali wajah bintang yang pernah mewarnai era filem Mami Jarum itu.

Lebih menarik, ramai peminat menyamakan wajah Zahidah dengan penyanyi legenda tempatan, Anita Sarawak, termasuk mengusulkan kehadiran semula ikon sebaris Diva Malaysia:

“Close enough, welcome back Kak Nita.”

“Allah lain sangat masa Mami Jarum dulu.”

“Mula-mula ingat Anita Sarawak.

Penampilan terbaru Zahidah bukan sahaja mendapat pujian ramai, malah dianggap sebagai ‘comeback’ gaya klasik yang disukai ramai, sekaligus menghidupkan nostalgia era filem Melayu lama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-07 13:41:22

Erra Fazira Dan Mr. E Mengaku Ada 'Survey' Dewan Perkahwinan - "Ramai Nak 'Sponsor', Kami Terharu"