(VIDEO) Pencipta Kandungan Terima ‘Parcel’ Berisi Kepala Babi – “Dah 2 Kali Dapat Bungkusan Misteri”

LocalEntertainment
8 Sep 2025 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pencipta kandungan yang mempunyai 15 ribu pengikut di Instagram mendedahkan telah beberapa kali menerima bungkusan misteri dihantar oleh individu tidak dikenali.

Pemilik akaun Instagram @walikonten dari Indonesia itu telah berkongsi tentang kejadian di mana dia menerima bungkusan yang dihantar ke rumahnya beralamat di Bogor, wilayah Jawa Barat.

Sudah dua kali saya menerima bungkusan misteri, akhirnya saya hubungi polis. Ini kali kedua, saya tidak berani untuk membukanya. Ternyata, ia kepala babi. Maksudnya apa ya?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by pak wali | Sebelgram (@walikonten)

Ceritanya, bungkusan berkenaan hanya mempunyai nama pengirim iaitu Robi Darwis dan tidak disertakan resit atau dokumen lain.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan memaklumkan telah menghubungi Robi tetapi individu tersebut menyatakan bahawa dia tidak membuat sebarang kiriman.

image is not available

image is not available

Difahamkan, pencipta kandungan itu telah membuat laporan polis dan berharap siasatan kes ini dapat menemui jawapan dan diselesaikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-07 11:38:17

(VIDEO) Netizen Geli Aksi Suami Bergurau Kangkang Atas Kepala Isteri Pempengaruh - "Masuk Neraka Derhaka"