[VIDEO] Penduduk Bengang Jiran Tingkat Bawah Masak Di Beranda Apartment Sampai Lantai Rumah Berminyak

Entertainment
7 Jul 2022 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Duduk di apartment, persekitarannya takkan sama dengan rumah atas tanah, perlu lebih prihatin lagi kerana ruang agak terhad, segala perkara yang dilakukan perlu lebih terhad atau ia akan mengganggu penghuni lain.

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok apabila seorang penghuni apartment yang dikenali sebagai @daddydos menzahirkan rasa bengang terhadap tingkah laku yang tidak prihatin oleh jirannya dari tingkat bawah.

Dalam video yang telah meraih lebih daripada 2 juta tontonan dalam masa 2 hari itu, dia bengang kerana lantai rumahnya berminyak sehinggakan baju yang baru dijemur itu berbau minyak dek kerana jiran tingkat bawah jadikan ruang beranda sebagai tempat memasak.

 

Masalah jiran, masalah management

@daddydos

masalah jiran . masalah managment bodoh image is not available …. takut sgt nak ambil tindakkan. image is not available habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak image is not available? masalah jiran tak prihatin… kang aku bakar satay baru tahu…#fypシ #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka

♬ original sound – Bubih – Bubih

Memandangkan video ini tular, lelaki ini menjelaskan bahawa dia sudah laporkan perkara ini kepada pihak pengurusan residensi, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Katanya, masalah ini berlaku hampir setahun dan bukan sahaja laporkan kepada pihak pengurusan, malah dia juga pernah bersemuka dengan jiran tersebut.

“Siapa je yang tak marah kan, balik kerja, nak angkat kain, tahu-tahu bau minyak, lantai berminyak, dia kata tu rumah dia, kita pelik juga asal management elak.”

“Kalau dia nak goreng dekat dalam rumah dia tak kisah, goreng kat dapur tak kisah ada bau pun, tapi kalau dah berenda tu, apartment kot, prihatin lah sikit.”

Bagaimanapun, demi manja rukun tetangga, lelaki ini cuba elak daripada membuat kecoh cuma adakalanya kesabaran diuji.

@daddydos

Reply to @mailmahat part2 isu jiran .. terima kasih yang beri pandangan dan komen yg bernas. daddydos explain sikit ape yg terjadi sebenarnya ya…. sabar je lahhh. image is not available#fyp #fypシ #comment #viral #jirandarineraka #share #supportme

♬ original sound – Daddy Dos – Daddy Dos

Menjengah keruangan komen, ramai yang memuji dengan sikap positif lelaki ini dan ada juga yang meminta cadangan kepada lelaki ini agar mensarankan jiran tingkat bawah itu untuk pasang penghadang supaya asap gorengan itu tidak ‘melekat’ ke rumahnya.

image is not availableimage is not available

Disampung ramai yang memberikan cadangan untuk balas semula dengan pelbagai cara, ada juga yang menyarankan agar lelaki ini boleh buat laporan kepada majlis bandaraya yang berkaitan dengan lokasi dia menetap.

Lokasi kejadian tidak didedahkan, apapun diharap agar lelaki ini bersabar dan semoga dapat rumah baru yang lebih tenteram.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.