[VIDEO] Penduduk Berang Ada Pihak Tutup Jalan Semata-mata Takut Haiwan Peliharaan Kena Langgar?

Entertainment
12 Jan 2023 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adab berjiran sepatutnya memudahkan satu sama lain, pun begitu sebuah video telah tular di laman sosial TikTok di mana seorang gadis menyatakan kemarahannya apabila ada pihak yang bertindak menutup jalan atas sebab yang tidak munasabah.

Dalam perkongsian @fathelwira itu, gadis berkenaan menceritakan ada beberapa batu konkrit yang biasanya digunakan untuk pembinaan, difahamkan telah diletakkan oleh penduduk kawasan perumahan tersebut di tengah jalan.

@fathelwira

Jalan Zamrud Utama, Kajang (abaikan last pose)

♬ original sound – bibir rebus – bibir rebus

“Tuan rumah sarankan kami buat laporan kepada majlis, jadi kami setuju. Yang paling mengesalkan ialah jalan tersebut bukan ditutup oleh penduduk rumah di apartment ini tapi oleh penduduk landed house, dengan alasan tak munasabah.

Mereka memberitahu haiwan peliharaan mereka seperti ayam dan kucing mati dilanggar,” katanya.

Dalam ruangan kapsyen, difahamkan perkara tersebut berlaku di Jalan Zamrud Utama, Kajang.

Perkara itu telah menyusahkan penduduk di pangsapuri berkenaan kerana mereka perlu menggunakan jalan yang lebih jauh dan jalan itu juga merupakan jalan utama untuk penduduk di situ untuk pergi ke arah Bangi.

Janganlah susahkan orang lain…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.