[VIDEO] Penduduk Flat Sesuka Hati Pasang Gril Sampai Halang Laluan, Ramai Kata Bahaya Sebab…

Entertainment
14 Feb 2023 • 3:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, semakin banyak kes pengubahsuaian secara haram dilakukan. Mungkin masih ramai yang tak tahu pengubahsuaian tanpa spesifikasi yang dibenarkan boleh membahayakan diri dan orang lain.

Baru-baru ini sebuah video di Twitter yang memaparkan sebuah rumah jenis flat, tapi apa yang menarik perhatian netizen adalah pagar gril yang dipasang hampir setengah bahagian tingkat tersebut.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang individu yang berada di sebuah flat yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Majoriti rumah di aras tersebut tersebut ditutup dengan gril besi yang hampir menutup laluan dari tangga sehingga ke rumah yang paling hujung.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat juga sebuah nota yang dipercayai ditinggalkan oleh salah seorang tuan rumah yang rumahnya terletak di dalam kawasan berpagar tersebut.

image is not available

Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak tahu, pemasangan pagar ataupun gril besi boleh melambatkan pihak berkuasa untuk bertindak jika berlaku apa-apa kemalangan.

Disebabkan itu, seeloknya kita harus membuat permohonan kepada majlis perbandaran terlebih dahulu dan menggunakan gril besi yang mengikut spesifikasi pihak bomba.

Ini kerana gril besi yang mengikut spesifikasi akan mempunyai ‘selak’ agar gril berkenaan dapat dibuka pada waktu kecemasan.

“Bahaya ni kalau ada apa-apa berlaku” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoal aspek keselamatan yang harus dititikberatkan oleh penduduk berkenaan untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku ketika kecemasan.

image is not available

image is not available

image is not available

Harap gril ni tak kacau la pihak berkuasa nak datang masa kecemasan nanti..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved