
Tular satu klip video di TikTok yang menunjukkan orang ramai berpusu-pusu dalam sebuah pasar raya membeli stok minuman air mineral.
Pembelian panik itu menyebabkan bekalan air mineral di setiap rak pasar raya kosong dengan sekelip mata.
Menurut pengguna TikTok, pembelian panik itu berlaku kerana terdapat gangguan bekalan air di sebahagian tempat di Pulau Pinang.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang memberi pandangan supaya bersedia dengan menyimpan bekalan air dalam tong supaya tidak kelam-kabut di kemudian hari.
Ada juga yang bergurau minta ‘belajar’ daripada penduduk Selangor yang sudah lali dengan isu bekalan air.
Difahamkan, gangguan bekalan air ini berpunca ekoran penurunan mendadak air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang yang telah menjejaskan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
Situasi itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan anggaran 252,000 pengguna terjejas bermula Ahad lalu.
Lapor Harian Metro, bekalan air telah pulih sepenuhnya hari ini dan hanya sesetengah kawasan yang masih mengalami isu tersebut disebabkan masalah berkaitan paip pecah, angin di dalam paip dan lain-lain.
Baca: “Air bukan untuk mandi je” – Netizen Bengang Baca Mesej Pensyarah Bila Student Mengadu Tak Ada Air

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


