[VIDEO] Penetapan tarif elektrik baharu akan pertimbang kebajikan rakyat - TPM

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Fadillah pada sesi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4) akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selaras dengan penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak akan dibenarkan sama sekali.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan libat urus bersama pemain industri dan komuniti perniagaan pada 13 Januari 2025 dan 5 Februari 2025 berhubung perkara ini.

**media[2996578]**

"Kementerian akan memperhalusi pandangan yang diberikan untuk dijadikan input bagi penetapan jadual tarif baharu kelak agar semua pengguna terutamanya pihak industri dapat lebih bersedia dengan perubahan tersebut dan menggunakan elektrik dengan lebih cekap pada masa akan datang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang bertanyakan rasional di sebalik hasrat Tenaga Nasional Bhd untuk menaikkan tarif elektrik walaupun negara jiran terdekat mempunyai perancangan sebaliknya.

Dalam hal ini, Fadillah menegaskan sebarang pengumuman berhubung penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia hanya akan dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved