
Tular baru-baru ini dalam sebuah video apabila jurulatih B-15 Hungary, Tamas Filo, yang menjabat tangan pemain muda negara secara kasar selepas perlawanan berakhir.
Perkara itu berlaku selepas jaringan Iman Lutfi Zairol Hisham memastikan Malaysia mengikat Hungary 1-1 dalam saingan Kumpulan H, Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026.
View on Threads
Para pemain datang untuk memberikan penghormatan kepada barisan kejurulatihan Hungary, namun tindakan jurulatih Hungary itu yang menjabat tangan secara kasar mengundang perhatian dan ketidakpuasan hati penyokong bola sepak tanah air.
Malaysia ketika ini berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan H dengan 10 mata, sementara Hungary di kedudukan ketiga dengan tujuh mata.
Mexico mengungguli peringkat Kumpulan H ketika ini.



