(VIDEO) “Pikiaq Sama Nyawa Orang Lain, Hang B*doh Ka?” – Pemandu Bas Kena ‘Sembur’, Didakwa Pandu Secara Merbahaya

18 Jun 2025 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula rasa tidak tenang untuk menaiki bas berikutan ragedi melibatkan kemalangan bas pelajar UPSI yang meragut 15 nyawa nyata memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

Terbaharu, tular di TikTok satu rakaman video memaparkan seorang penumpang menegur pemandu bas yang didakwa memandu secara berbahaya.

Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @lahabdul88, kedengaran suara lantang seorang penumpang yang juga dipercayai abang ipar kepada pemilik akaun tersebut menegur pemandu agar lebih berhati-hati ketika membawa bas.

Hang tak fikir nyawa orang lain? Hang bdoh ke? Aku sabar daripada tadi, jangan sampai aku buat gila. Hang nak mamps, mamp*s sorang-sorang, aku fikir nyawa orang lain.

Menurut kapsyen dalam video, penumpang itu sebenarnya sudah memberi teguran awal secara baik, namun malangnya dibalas dengan sindiran dan disuruh memandu sendiri.

Difahamkan, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Mersing, Johor. Selepas teguran itu dibuat, pemandu berkenaan akhirnya memperlahankan kenderaannya.

Bas tersebut dilaporkan selamat tiba ke destinasi tanpa sebarang insiden.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Ada Hikmah Yang Masih Menjadi Rahsia Allah" - Isteri Pertama Abang Tesla Kongsi Sebab Masih Bertahan Dalam Perkahwinan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved