[VIDEO] Polis buru pemain bola bergaduh acu senjata tajam

5 Aug 2024 • 11:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Foto tular di media sosial memaparkan seorang pemain bola sepak didakwa membawa senjata tajam.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan seorang pemain bola sepak yang disyaki membawa senjata tajam dalam kes pergaduhan yang berlaku di padang KLFA, Desa Melati, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner MohamadLazim Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun pada jam 2.21 pagi, Isnin.

"Ketika kejadian pengadu menyatakan berlaku perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan.

"Dia mendapati pemain dari pihak lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang serta mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukan pengadu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat bagi membantu siasatan lanjut.

"Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, pengecaman suspek sedang dibuat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.