[VIDEO] Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Malaysia Dihalau Semasa Menjaring

Entertainment
26 Oct 2022 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, telah tular mengenai isu 10 orang nelayan tempatan yang didakwa telah dihalau oleh pihak berkuasa Singapura ketika mereka memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba.

Mereka dihalau oleh bot pihak berkuasa Singapura yang menggunakan pembesar suara, walaupun mereka masih berada dalam perairan negara masing-masing.

Posted by Saluddin Ismail on Monday, October 24, 2022

 

Video yang berdurasi 2 minit 43 saat itu telah tular di media sosial yang menyebabkan rata-rata warganet berasa marah dan mahukan pihak berkuasa negara mengambil tindakan. Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat oleh para nelayan tersebut.

Oleh itu, Singapore Police Force (SPF) telah menafikan dakwaan nelayan Malaysia dihalau oleh Polis Pengawal Pantai ketika menjaring di Perairan Wilayah Malaysia.

Menerusi suatu kenyataan di Facebook, SPF telah memaklumkan bahawa dakwaan itu tidak benar.

image is not available

Pihak Polis Pengawal Pantai (PCG) sedang membuat rondaan di Perairan Wilayah Singapura sekitar jam 4 petang pada 23 Oktober lalu.

“Mereka kemudian mengesan beberapa bot milik nelayan Malaysia yang masuk dan keluar dari kawasan tembakan di perairan Singapura sekitar Lim Chu Kang,” katanya.

Menurut SPF, bot yang tidak diluluskan sememangnya dilarang memasuki kawasan berkenaan demi keselamatan mereka. Susulan itu, pegawai PCG telah mendekati mereka dan menasihati mereka agar meninggalkan kawasan tersebut menggunakan pembesar suara.

Selepas itu, kesemua nelayan terbabit dikatakan akur dan kembali ke Perairan Wilayah Malaysia sekitar jam 5.37 petang.

Tambah kenyataan itu, kejadian tersebut berlaku di Perairan Wilayah Singapura. Namun, Pihak PDRM sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas kes ini.

Apapun diharapkan orang ramai jangan timbulkan spekulasi dan andaian sendiri tentang kes ini, kita tunggu je apa kata pihak berkuasa.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.