[VIDEO] Ramai Orang Hebat Nama Siti, Ini Asal Usul Maksudnya

Entertainment
13 Apr 2023 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama merupakan tanda pengenalan bagi seseorang supaya mudah dikenali. Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, semua urusan menjadi sukar.

Rata-rata masyarakat beragama Islam di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura mempunyai nama Siti.

Walaupun ringkas sahaja perkataan ‘Siti’, namun siapa sangka nama ini cukup popular bahkan turut digunakan oleh orang-orang hebat seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nordiana, Siti Saleha dan ramai lagi.

Mungkin mereka yang bernama Siti atau kawan Siti sendiri pernah terlintas apakah maksud nama Siti.

image is not available

Asal-usul nama Siti

Seorang pengguna TikTok, Haziq Halim telah berkongsi tentang maksud nama Siti yang berasal daripada perkataan Arab.

Ujarnya, sebutan Siti dalam bahasa Arab ialah ‘Sayyidati’ yang berasal dari perkataan ‘Sayyid’. Lazimnya, perkataan ‘Sayyid’ ada dalam ayat selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

“Sayyid adalah seorang yang (biasanya) dicinta dan dihormati, seorang yang mempunyai kuasa atas seseorang, seorang ketua, ketua keluarga, dan tuan.

“Kalau dia seorang perempuan yang dicintai, dihormati dan diikuti, maka dipanggil Sayyidah,” katanya.

Dalam bahasa Arab, untuk menyatakan sesuatu itu adalah kepunyaannya, perlu tambah huruf ‘ya’ di akhir perkataan. Contohnya, ‘qitt’ (kucing) apabila ditambah huruf ‘ya’, akan menjadi ‘qitti’ (kucing saya).

Jadinya, jika lelaki akan dipanggil ‘Sayyidi’ yang bermaksud tuan, manakala panggilan untuk perempuan ialah ‘Sayyidati’ yang bermaksud puan.

Dalam bahasa Arab pasar, mereka singkatkan sebutan ‘Sayyidi’ kepada ‘Sidi’ untuk panggilan lelaki dan sebutan ‘Sayyidati’ kepada ‘Siti’ untuk panggilan wanita.

Selain itu, nama Siti juga terdapat dalam dialek Arab Mesir yang membawa maksud nenek.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article