(Video) Ramai Sebak Lihat Ibu Bella Astillah Menangis Di Belakang Ketika Anak Cerita Tentang Menantu

Entertainment
4 Apr 2024 • 11:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella astillah

Sebelum ini tersebar video menunjukkan Bella Astillah menangis teresak-esak ketika mendedahkan perilaku suaminya, Aliff Aziz kepada pihak media. Banyak perkara yang didedahkan Bella tetapi Aliff masih tidak mahu melepaskan isterinya itu dengan lafaz cerai.

Bagaimanapun, Ohmedia berasa sebak pula bila melihat sudut lain video temu bual Bella malam semalam yang ternampak ibu kandung Bella iaitu Eina Astillah turut tidak dapat menahan air mata di belakang anaknya.

image is not available

Bella sebenarnya ditemui pihak media ketika majlis berbuka puasa semalam dan ditemani oleh ibunya, Eina Astillah.

Menerusi satu video dimuat naik oleh seorang jurugambar yang berada di lokasi, ibu Bella dilihat duduk di bahagian hujung kerusi ketika anaknya ditemu bual.

@beritaofficial.my

Ibu #bellaastillah tidak dapat menahan air mata ketika melihat anaknya mendedahkan perangai Aliff Aziz kepada media. #beritaofficialmy

♬ original sound – Berita Official MY – Berita Official MY

Tangisan Eina itu sememangnya menunjukkan betapa sakit dan pedihnya hati seorang ibu apabila anak yang mereka sayangi disakiti oleh seorang insan bergelar suami.

Terdahulu, Bella mendedahkan Aliff Aziz telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang mereka bergelar suami isteri dan salah satunya adalah dengan adik kandungnya sendiri.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.