[VIDEO] Ramai Sebak Tengok Lelaki Sanggup ‘Ride’ Motosikal Sebelah Tangan Sejauh 40KM Bawa Hadiah Anak

Entertainment
20 Jan 2023 • 2:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarga terutama anak-anaknya.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan effort seorang bapa yang sanggup menaiki motosikal sejauh 40KM demi membawa balik hadiah buat anak-anaknya.

Bawa motosikal dengan sebelah tangan

@nurulainjidan

Jasa & pengorbananmu tidak terhitung… Terima kasih untuk segalanya

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 590K tontonan dan meraih 50.8K tanda suka di platform media sosial TikTok.

Daripada video berkenaan, dapat dilihat gelagat comel kanak-kanak yang teruja selepas ayah mereka memberikan hadiah mainan kepada mereka.

Tapi, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila si ayah sedaya upaya ride sejauh 40 kilometer demi memberikan kejutan kepada anak-anaknya itu.

Malahan, dia mengemudi motosikal dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja sebab tangan yang sebelah lagi sibuk memegang mainan.

image is not available

Selepas mereka menerima hadiah tersebut, kelihatan riak wajah mereka yang teruja dan tidak sabar sehingga mereka membuka kotak mainan berkenaan di hadapan pintu rumah.

“Aww teringat masa kecik, ayah selalu surprise mainan macam ni, happy sangat” – Netizen

Ruangan komen dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa teruja dan tersentuh dengan tindakan si ayah yang sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan anak-anaknya. Ada juga warganet yang sempat mendoakan kesejahteraan keluarga terbabit.

image is not available

Comelnyaaaa! Terbaik abang ni dia sanggup buat demi anak-anak dia..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.