[VIDEO] Ramai tak boleh balik, kereta kena ‘seal’ ancaman bom

14 Sep 2026 • 5:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ramai tak boleh balik, kereta kena ‘seal’ ancaman bom

PETALING JAYA – Suasana di kawasan premis perniagaan di Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur kecoh dipercayai susulan penemuan objek didakwa berkait dengan bahan letupan, dalam kejadian petang ini.

Video kejadian itu tular di media sosial serta dikongsikan seorang pengguna Thread Della Abdullah yang mendakwa, dia tidak dapat mengeluarkan kereta daripada petak tempat letak kenderaan selepas pihak berkuasa dikatakan memasang pita garisan polis.

Dalam video itu, kelihatan tiga kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain seorang anggota memakai sut khas serta memeriksa sebuah kotak plastik diletakkan berdekatan tempat letak kenderaan berhadapan sebuah premis farmasi dan kosmetik.

“Sri Petaling depan Watson ada bom. Tak boleh nak balik dah, kereta kena seal (tutup jalan polis). Bank pun kena tutup.

“Masih belum selesai. Tadi ada bunyi meletup, mungkin diorang tengah letupkan,” dakwa Della Abdullah.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut.

“Tak lucu ni, macam-macam dah jadi. Seramnya, harap tak ada apa-apa jadi ye,” komen Dhiaaisyah_ad.

“Patut rasa lain macam tadi ambil order (tempahan) kat sini sebab ada polis standby (siap sedia),” kata Syaf.rsln.

“Allahuakbar, semoga Allah melindungi sis dan yang lain,” komen Mayafly96.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan berhubung kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan kepada pihak media.- KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ramai tak boleh balik, kereta kena ‘seal’ ancaman bom appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved